4 Setting Mudah Aplikasi Waze Untuk Elak Masuk Jalan Hutan, Tak Selamat Atau Seram

Tular Berita Mengenai Gara-gara terlalu mengikut aplikasi navigasi untuk ke lokasi dituju, seorang bidan terseesat dalam sebuah ladang kelapa sawit, di sini semalam

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hazie Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 8.36 pagi .

Menurutnya, sepasukan anggota ke lokasi untuk mencari mangsa yang sesat di Bandar Saujana Putra, di sini.

“Bomba terima laporan seorang wanita berusia lingkungan 30-an menaiki kereta jenis Nissan Almera tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas guna aplikasi navigasi itu.

“Maangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa keluar dari ladang tersebut,” katanya.

Beliau berkata, wanita tersebut adalah seorang bidan dan kejadian berlaku keka dia dalam perjalanan ke rumah pelanggannya di Saujana Putra.

“Bidan ni dari Ulu Yam, dia ke Saujana Putra untuk urut pelanggannya. Dia ikut aplikasi penunjuk arah sampai ke dalam ladang sawit selepas itu kereta dia pula sangkut dalam jalan berlumpur.

“Anggota bomba turut bantu keluarkan tayar kereta maangsa yang gaagal bergerak terperangkap dalam lumpur tanah merah,” katanya.

Sumber: sinarharian.com.my

4 Setting Mudah Aplikasi Waze Untuk Elak Masuk Jalan Hutan, Tak Selamat Atau Seram

Tidak dinafikan aplikasi waze sangat memudahkan urusan perjalanan ‘atas jalan raya’ sebab korang nak pergi mana pun, tak perlu peening kalau tak tahu jalan, tanya saja pada Mr. Waze semua boleh settle.

Namun begitu, korang perlu berhati-hati dan jangan terlalu percaya 100 peratus kerana dah pun berlaku kejadian seorang bidan terseesat dalam sebuah ladang kelapa sawit selepas mengunakan aplikasi navigasi ini.

Maangsa dikatakan mengikut petunjuk arah sehingga membawanya dalam ladang sawit dan menyebabkan kereta pula tersaangkut di dalam jalan berlumpur.

Kalau jadi dekat kita mesti dah cuak giila kan?

Okay sebenarnya waze ni pun perlu di setting. Seperti perkongsian yang telah dibuat oleh Aida Joseph ini, dia pernah mempunyai pengalaman di Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai kena redah. Jadi, korang boleh setting aplikasi waze ini kalau tak mahu dibawa ke dalam ladang kelapa sawit, ladang getah, semak dan hutan. Hiks!

Masuk aplikasi waze dan pilih setting

Kemudian, akan keluar seperti ini

Pilih navigation dan buat seperti arahan yang diberikan dalam gambar

Akhir sekali, jangan lupa klik don’t allow

Rupanya senang je nak buat. Cuma mungkin sebelum ni kita kurang alert dengan perkara-perkara macam ni. Bukan apa, kalau di luar negara memang dah pernah dengar kes sesat yang sampai menyebabkan kereta kehabisan minyak disebabkan ikut aplikasi navigasi dalam memberi arah jalan.

Bila dah terjadi situasi lebih kurang sama macam ni dekat negara sendiri, jadi lebih baik korang mengambil langkah berhati-hati okay?

Sumber: remaja.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *