“Allah SWT mencabut daripada dalam hati musuh rasa kehebatan Islam, lalu Allah SWT akan jadikan bagi kamu satu penyakit wahan.” Apabila Ditanya Apakah Penyakit Wahan, Ini Jawapan Baginda

USIA muda dan tubuh badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua.

Ulama ada mengatakan manusia itu hanya kumpulan hari-hari. Ada manusia masih tidak sedar ‘modal’ harinya semakin berkurangan.

Betapa hinanya apabila saat dijemput Allah SWT, kita dalam keadaan melakukan maksiat atau sedang berseronok hingga lupa tanggungjawab diri sebagai seorang haamba.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejaahat-jaahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang, tetapi digunakan untuk melakukan kejaahatan dan keruusuhan.” (Riwayat Ahmad)

Baginda mengajar umatnya bagaimana hari-hari yang dilalui itu boleh menjadi indah dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Daripada Ummu Salamah, beliau berkata, Nabi Muhammad SAW jika masuk waktu pagi, Baginda akan memulakannya dengan doa: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.” (Hadis riwayat At-Thabarani dalam Al-Mu’jam Ash-Shaghir dengan sanad yang disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani)

Kita diperintahkan Allah SWT untuk meminta walaupun Dia mengetahui segala keperluan dan hajat kita.

Perkara itu dinyatakan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan apabila haamba-haamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah Al-Baqarah, ayat 186)

Dunia ini bukan tempat untuk kita ‘menikmaati’ sepuas-puasnya kehidupan ini. Dunia ini adalah tempat percaturan manusia untuk mencari bekalan selepas kemaatian.

Ramai tidak menghiraukan urusan mengingati kemaatian seolah-olah merasakan kemaatian itu ditulis untuk orang lain. Akibatnya, mereka tidak bersungguh-sungguh melakukan amal kebajikan dan memperbaiki diri.

Rasulullah SAW menerusi sabda Baginda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah mengingati maati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

Berbeza dengan perasaan ‘bercita-cita’ untuk maati, situasi itu membawa seseorang kepada perasaan putus asa dan tidak reda menerima ujian.

Disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah SWT mencabut daripada dalam hati musuh rasa kehebatan Islam, lalu Allah SWT akan jadikan bagi kamu satu penyakit wahan.”

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah wahan itu ya Rasulullah?”

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Cinta kepada dunia dan benci kepada kemaatian.” (Riwayat Muslim)

Mengingati maati bukannya mahu manusia meminta lekas maati atau men inggalkan segala urusan dan tanggungjawabnya di dunia.

Sebaliknya, mengingati kemaatian mendorong manusia menetapkan matlamat yang jelas hidupnya di dunia dan akhirat. Manusia yang sering mengingati maati menyedari Allah SWT sentiasa mengawasi setiap tindakan yang dilakukannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maaut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetap ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu lakukan (serta membalasnya).” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)

Kemaatian setiap Muslim itu bergantung kepada amalan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan, sesungguhnya amalan itu bergantung dengan penutupnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Dikhuatiri jika tidak sempat bertaubat, kita akan maati dalam keadaan sia-sia.

Sehubungan itu, kita perlu sentiasa mengingati hal berkaitan kemaatian diiringi amalan antaranya memperbanyakkan istighfar.

Sumber: hmetro

Moga maati dalam khusnul khatimah

Benarkah sifat maati itu mengejut?

Pada hakikatnya, kemaatian adalah satu ketentuan Allah SWT. Setiap manusia pasti akan mengalami kemaatian.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai maati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).” (Surah al-Ankabut, ayat 57)

Ibn Kathir berkata: Iaitu di mana saja kamu berada, nescaya kemaatian akan mendatangi kamu. Maka, hendaklah kamu berada dalam ketaatan kepada Allah. (Rujuk Tafsir al-Quran al-‘Azim(6/197)

Apabila seseorang sudah tiba ajalnya, maka tidak dapat lagi diundurkan atau dipercepatkan walaupun sesaat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang ditetapkan), maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.” (Surah al-A’raf, ayat 34)

Kemaatian mengejut antara tanda-tanda hampirnya berlaku kiaamat. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiaamat adalah…munculnya kemaatian mengejut.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir – 1132)

Daripada Aisyah, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan kemaatian mengejut. Lalu Baginda bersabda maksudnya: “(Maati mengejut) adalah suatu kesenangan bagi seorang Mukmin dan penyesalan bagi orang derhaka.” (Riwayat Imam Ahmad – 25556)

Turut disebut di dalam kitab Fath al-Bari, sebahagian daripada ulama salaf tidak menyukai kemaatian yang datang secara mengejut. Hal itu kerana dibimbangi kemaatian mengejut tidak memberi kesempatan bagi seseorang untuk meni nggalkan wasiat dan juga mempersiapkan diri untuk bertaubat serta melakukan amal soleh.

Perkara itu dinukilkan Imam Ahmad dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafi’i. Imam al-Nawawi menyatakan, beberapa orang daripada kalangan sahabat Nabi SAW dan juga orang soleh meni nggal secara mengejut.

Imam al-Nawawi berkata: “Kemaatian mengejut itu disukai oleh para muqarrabin (mereka yang sentiasa menjaga amal kebaikan kerana berasa diawasi oleh Allah).”(Fath al-Bari – 3/245)

Al-Hafiz Ibnu Hajar kemudian berkata, “Dengan yang demikian, maka kedua-dua pandangan di atas dapat disatukan.”(Fath al-Bari – 3/255)

Disebut bahawa Luqmanul Hakim pernah memberikan nasihat peringatan kepada anaknya mengenai kemaatian mengejut. Daripada Uthman bin Zaidah, beliau berkata yang bermaksud: Luqmanul Hakim pernah menasihati anaknya dengan berkata: “Wahai anakku! Janganlah kamu menunda taubat, sesungguhnya kemaatian akan datang secara tiba-tiba…” (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman – 6802)

Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah SWT supaya mengurniakan kepada kita kemaatian dalam khusnul khatimah sebagaimana yang selalu didoakan oleh salafus soleh: “Ya Allah sudahilah bagi kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan ke atas kami dengan seburuk-buruk kesudahan.”

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan via hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *