Datuk Yusuf Haslam Bina Masjid Di Palu, Apabila Ditanya Nama Masjid, Ini Jawapan Beliau

PENERBIT yang juga Pengerusi Skop Productions Sdn Bhd (Skop), Datuk Yusof Haslam semalam menyerahkan cek sumbangan dana untuk pembinaan masjid di Palu, Sulawesi, Indonesia.

Menurut Yusof, sumbangan itu atas dasar kemanusiaan dan ingin membantu saudara seagama yang dilanda bencaana alam di negara itu.

“Niat saya dan seluruh produksi Skop adalah untuk membantu saudara kita yang ditimpa muusibah bencaana alam baru-baru ini.

“Insya-Allah, pembinaan masjid ini akan dimulakan dalam masa terdekat dan dijangka selesai sebelum Ramadan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai jumlah sumbangan yang diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) selaku pengelola projek Masjid Wakaf Skop Productions itu, Yusof berkata, ia cukup untuk menampung 300 jemaah.

“Jumlahnya tak perlulah saya kongsikan. Tapi, yang pasti, masjid ini nanti cukup untuk menampung sehingga 300 jemaah,” katanya.

Beliau yang masih berada di Jakarta berkata, itu adalah projek pembinaan masjid pertama dengan kerjasama MAPIM.

“Selepas ini akan ada empat lagi projek pembinaan masjid bersama MAPIM dan dibina di kawasan ditimpa beencana,” katanya.

Diminta kepastian mengenai nama masjid berkenaan yang khabarnya akan mengabadikan nama ibunya, Allahyarhamah Bahyah Talib, Yusof berkata semuanya masih dalam perbincangan.

“Mengenai nama masjid ini, belum diputuskan lagi. Semuanya masih dalam perbincangan,” katanya.

Dana yang diserahkan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta itu adalah sebahagian daripada hasil keuntungan filem Munaafik 2 yang ditayangkan di 116 pawagam Indonesia pada tahun lalu.

Terdahulu, Palu dibadai tsnami akibat gemmpa bumi berkekuatan 7.7 skala Richter pada 28 September tahun lalu dan setakat ini, mengorbaankan lebih 2,000 nyaawa dengan lebih 30,000 penduduk terkesan daripada tragedi itu.

Sumber: harian metro via video viral

Terdahulu: Lawatan Ke Palu Menginsafkan 3 selebriti terkenal iaitu Fara Fauzana, Zara Zya dan Jihan Muse dalam Misi Dapur Kaseh Buat Sulawesi

Fenomena luar biasa itu turut disaksikan oleh 3 selebriti terkenal iaitu Fara Fauzana, Zara Zya dan Jihan Muse dalam Misi Dapur Kaseh Buat Sulawesi anjuran ‘My Hope Hero’ dan Malaysia Outreach Volunteer Experience (MOVE), minggu lepas.

Ketiga-tiga selebriti wanita ini bukan saja membawa amanah berupa wang sumbangan masyarakat, malah turut membantu serta memperkasakan wanita di sana melalui pelbagai aktiviti kebajikan.

Fara Fauzana atau Fafau turut berkongsi beberapa rakaman foto Masjid Terapung Palu di akaun Instagramnya. Rumah ibadat suci yang popular di kalangan pengunjung itu kelihatan masih utuh meskipun sebahagian bangunan sedikit tenggelam ke dasar air.

Image result for masjid terapung palu fafau

Foto Fafau ini jelas menunjukkan tiang-tiang masjid sudah lenyap ditelan tsunami namun binaan utama seperti kubah masih jelas kelihatan.

Masjid Terapung Palu terletak 30 meter dari pesisiran pantai Teluk Palu dengan keluasan 121 meter persegi dan mampu menampung lebih 150 anggota jemaah di dalamnya.

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *