Digelar Poondan Kerana Memakai Bengkung Menari ‘Gelek Mermaid’, Ini Respond Erul

Dikecam Kerana Tampil Dengan Tarian Gelek Mermaid, Beby Maembong Membuat Kenyataan Mempertahankan Tindakannya Itu

Instafamous yang terkenal dengan jolokan Mermaid Malaysia, Beby Maembong menerima kecaman netizen selepas menganjurkan aktiviti senaman tarian ‘salsation’ pada 9 Februari lalu.

Menerusi entri terbaru laman Instagram milik Beby, pemilik nama penuh Nurulaini Ismail ini berkongsi beberapa paparan skrin kecaman netizen yang mengkritiknya.

Tetap optimis biarpun menerima kritikan netizen, Beby yang merupakan usahawan bengkung Slimdoolz dan minuman minuman diet Bebydollz Chocolate Slim ini mempunyai alasan tersendiri.

“[NETIZEN OVER] Adoi…. Baru nak senyum sepanjang hari banyak dapat komen positif dan yang baik-baik pasal aktiviti BebyDollz Salsation. Tetiba malam ni bukak DM ramai pulak yang carut. Cari salah.. Apa masalah korang ni eh?

“Rambut I merah hati I tak hitam macam kaki bawang macam you! Kalau lelaki pakai bengkung means dia orang pondan ke? Hello orang Malaysia, jangan narrow minded sangat boleh tak?

“Macam manalah nak jadi negara bebas obesiti dan diabetes nie, kalau benda baik kita buat tetap nampak tak elok!

“Abang abang yang kecam cakap pakai bengkung jadi macam bapok tu, dah terasa sado sangat ke dengan perut besar macam bela cacing tu?

“Laki bini kat rumah sorang macam bibik sorang macam clown.. Macam mana rumah tangga nak happy? Bila kita ikhlas nak ajar jaga kesihatan badan bagi alasan… Sebab nak sedapkan diri sendiri la tu,” tulis Beby.

Menerusi aktiviti senaman tarian ‘salsation’ yang disertai oleh wanita dan lelaki, Beby menerima kecaman kerana mewajibkan peserta memakai bengkung ketika bersenam.

beby_maembong
[𝐌𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐃 𝐆𝐄𝐋𝐄𝐊?] BebyDollz Salsation last week. Seriously croud mmg sporting sgt!.

Semua dapat 𝐅𝐑𝐄𝐄 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔𝐍𝐆 dari @slimdollz_hq. Kenapa b bg FREE? Sbb b nk yg join ni rasa apa yg beby rasa.. keselesaan pakai bengkung SlimDollz sepanjang hari walaupun beraktiviti lasak.. Tetap selesa.. Ibarat kulit ke dua kita je, sampai x ingat pon tengah pakai bengkung sambil Salsation.

Beby mmg hari2 pakai bengkung.. So berSalsation sambil pkai bengkung memang best!. Ada abg tu badan besar Dari xbole tunduk2 menari terus boleh tunduk😍😍Dari xde stmina terus bertenaga! penangan bengkung kerengga & bebydollz.

sebelum start Salsation, semua peserta b bagi minum 1sachet bebydollz choc untuk tenaga dan stamina.. Xnak ada yg pengsan pulak kang heheh.. Tp Satu jam Salsation semua rancak je.. Xmengah langsung korg menari 👏👏.

Serious beby ckp, ni kali pertama beby buat salsation.. Body b keras mcm kayu hahah.. But im start to love this! Mcm nak buat tiap minggu je. ON X ON???.

3tahun x pakai kasut sukan & workout langsung.. Nasib consistent dgn bebydollz & bengkung.. X la hancur stamina i hehe.

Yg lelaki join pon b tgok movement dia lancar je walaupun pakai bengkung jugak.. Amazing! Abg abg berbengkung 💪💪💪. Siapa kata bengkung ni hanya utk wanita je?.
Actually kan bengkung ni sesuai utk semua golongan lelaki atau wanita yg suka jaga bentuk badan dan nakkan tubuh yg cantik dan kemas no 𝐋𝐄𝐌𝐀𝐊𝐒 𝐋𝐄𝐌𝐀𝐊𝐒 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐢𝐩𝐚𝐭𝟐 atau Mengelebeh! 🤪🤪.

Video

Tarian mermaid bersama bengkung

Tarian mermaid bersama bengkung

Posted by Media2020.net on Tuesday, February 12, 2019

Digelar pondan kerana bengkung…

“SAYA ada mak dan masih ada agama. Takkanlah saya nak buat benda tak masuk akal,” kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), Erul Samah yang dikecam netizen gara-gara memakai bengkung sambil melakukan senaman tarian BebyDollz Salsation baru-baru ini.

Pembabitan Erul dalam aktiviti itu mengundang kritikan netizen hingga ada menggelarnya pondan kerana merasakan ia tidak sesuai untuk lelaki.

Image result for Erul Samah

Erul berkata, dia tidak ambil pusing dengan kritikan netizen kerana apa yang dilakukan itu bukan satu kesalahan sebaliknya ia sebahagian usaha menjaga kesihatan.

“Saya tak rasa apa-apa pun apabila orang kata saya pondan hanya kerana pakai bengkung dan melakukan aktiviti zumba.

“Lagipun, cuba lihat di Instagram pernah tak saya berpakaian seperti wanita. Kalau ada, sila mesej saya.

“Sebenarnya, memakai bengkung sambil menari benda bagus kerana ia membantu kita mendapatkan bentuk tubuh menarik selain dapat menurunkan berat badan dengan cepat.

“Berat badan saya naik mendadak kebelakangan ini. Jadi, apa yang dilakukan ini adalah satu transformasi yang baik untuk mendapatkan berat badan ideal,” katanya.

Erul berkata, dia sudah menggunakan bengkung selama beberapa bulan dan gembira dengan hasilnya apabila berjaya menurunkan berat badan hampir sembilan kilogram.

“Tahun ini saya akan buat kemunculan semula dalam dunia nyanyian. Jadi, kenalah ada pembaharuan terutama imej.

“Apa pun kecaman yang dilemparkan saya terima. Bagi saya, mungkin yang bercakap itu dengki sebab mereka tidak menjaga berat badan dan kesihatan. Tidak mengapalah, harap mereka ada kesedaran untuk mengubah cara hidup lebih sihat,” katanya.

Sumber: hmetro

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *