Dr Mazlee Menafikan Dakwaan RMT Ditamatkan Yang Tular Di Media Sosial

Sebuah portal hari ini mengambil kesempatan dengan memuat naik sebuah artikel untuk menghasut rakyat membenci pentadbiran Pakatan Harapan (PH) berdasarkan sebuah status seorang ibu tunggal mengenai isu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Facebook semalam.

Walaubagaimanapun status tersebut telah dipadamkan setelah pemiliknya mendapati status itu dimanipulasi untuk kepentingan politik portal tersebut.

Image may contain: 1 person, text

Saya dengan ini ingin menegaskan RMT masih diteruskan di sekolah-sekolah dan peruntukan untuknya pada tahun 2019 tidak pernah dihentikan atau dikurangkan oleh kerajaan PH.

Melalui siasatan dalaman saya difahamkan, sekolah mempunyai kuasa untuk menamatkan tawaran program RMT kepada pelajar jika terdapat bukti murid tidak lagi layak berdasarkan dokumen pendapatan terkini ibu bapa atau penjaga. Walau bagaimanapun, ruang untuk rundingan melalui surat rayuan sentiasa terbuka untuk ibu bapa bagi pihak sekolah membuat pertimbangan.

Dalam masa yang sama, sebuah Facebook Page bernama Bumi Pendidikan Baru pada jam 8 pagi tadi memuat naik sebuah artikel di portal mereka, Damabest.com dengan tajuk ‘Pertukaran dalaman di JPN & PPD dibekukan’.

No photo description available.

Ini sangat mengecewakan kerana berita mengenai pembekuan pertukaran JPN & PPD ini adalah berita lama bertarikh 11 Jun 2018. Apakah agenda portal ini memuat naik semula berita lama yang bertarikh lebih dari 8 bulan yang lalu?

Post di Facebook mengenai berita ini mengundang sehingga 182 perkongsian. Ini sangat mengelirukan dan berniat jahat.

Saya ingin menyeru semua untuk menyemak dahulu sebarang informasi dan tidak mempercayai bulat-bulat apa juga berita dari portal yang mempunyai agenda seperti portal Daily News 24 atau Damabest.com ini.

Image may contain: 1 person, text

Kebebasan yang kita nikmati hari ini adalah hasil dari perjuangan kita semua, dan seharusnya tidak digunakan sesuka hati untuk membuat fitnah dan memburuk keadaan dengan mengeluarkan berita yang tidak bertanggungjawab.

Terima kasih dan selamat bercuti kepada mereka yang sedang dalam perjalanan menuju ke kampung halaman masing masing.

Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

Sumber: FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *