Gambar-Gambar Membuktikan Exstreme Sejuk Yang Melanda Amerika Sekarang

AMERIKA SYARIKAT – Rakyat Amerika disarankan untuk tidak keluar rumah buat masa ini disebabkan oleh berlakunya fenomena ‘vorteks kutub’ yang dikatakan mampu memberi ancaman kesihatan kepada jutaan penduduk.

Menurut laporan media, semua syarikat telah mengeluarkan arahan yang meminta semua kakitangan masing-masing untuk berada di rumah dan tidak ke tempat kerja. Di samping itu, sekolah-sekolah turut ditutup manakala ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan.

Perubahan suhu sejuk melampau di 12 negeri seluruh Amerika dari Dakota hingga ke Ohio diramalkan mencapai suhu terendah dan mungkin memecahkan rekod sebelum ini.

Image result for vorteks kutub

“Vorteks kutub paling sejuk yang pernah melanda setakat ini sedang bergerak dari selatan ke Midwest Atas sebelum bergerak ke dua pertiga bahagian timur negara,” kata Perkhidmatan Cuaca Nasional.

“Suhu sejuk melampau dan mengancam nyawa bakal melanda bermula dari bahagian Midwest Atas sehingga Great Lakes dan seterusnya Lembah Ohio.”

Pada masa yang sama, Perkhidmatan Cuaca Nasional turut meramalkan suhu antara -23 hingga -40 darjah Celcius yang melanda seluruh Midwest dengan kelajuan angin menjadikannya terasa seperti berada pada suhu -53 darjah Celcius.

Sementara itu Gabenor Illinois iaitu J.B. Pritzker turut menegaskan bahawa penurunan suhu di bawah paras beku itu mampu mengakibatkan berlakunya pereputan fros atau radang dingin (frostbite) jika seseorang berada di tempat terbuka dalam masa beberapa minit sahaja.

Image result for vorteks kutub

“Ini adalah ribut salji berpotensi mencatat sejarah yang akan membawa cuaca sejuk melampau ke negeri kita dan semua penduduk Illinois perlu bersedia.”

Di Iowa, para penduduk dinasihatkan untuk tidak ‘bernafas terlalu dalam’ dan ‘mengurangkan percakapan’.

“Ini adalah keadaan yang SANGAT BAHAYA dan boleh mengundang reput fros pada kulit yang terdedah kepada suhu sejuk selama lima minit.”

Bagi membantu memastikan keselamatan golongan gelandangan pula, beberapa buah bas dan tren turut disediakan di seluruh bandar Chicago sebagai ‘pusat pemanasan’ bergerak.

Image result for vorteks kutub

Sementara itu para saintis turut melaporkan bahawa punca kejadian fenomena ini adalah disebabkan oleh berlakunya perubahan iklim dan juga pemanasan global yang semakin ketara di Kutub Utara.

Koleksi gambar menunjukkan betapa bekunya Amerika pada ketika ini.

Buih membeku

Niagara Fall

Air dalam sinki membeku

Janggut membeku

Sumber: gontuni.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *