GARA-GARA Pembantu Peribadi Hilang, Hidup Datuk Wanita Ini Tak Tentu Arah Hingga Pakaian Seluar Dalam Pon Tanya Netizen.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial berkenaan seorang Datuk wanita yang mempunyai rupa paras menawan mengalami kesulitan dalam memilih warna seluar dalamnya.

Berdasarkan kepada video yang dimuat naik ke laman instagram itu, Datuk wanita ini mengatakan bahawa beliau mengalami kesulitan sehingga menyebabkan kehidupannya kacau bilau gara-gara Personal Assistantnya (PA) telah mengambil cuti.

Video yang berdurasi lebih kurang 10 saat ini dipercayai diambil didalam sebuah kereta dengan menunjukkan bahawa Datuk wanita ini benar-benar rungsing dengan masalah yang dihadapinya.

Datuk jangan lari…hari ni kaler aper?

Posted by Lubokviral.com on Monday, December 17, 2018

“Ok..hari ni hidup I sangat huru-hara sebab PA I cuti, I nak pakai sepender warna apa pun I tak tau”

“Macam mana ni?”

“Ya Allah sengsaranya hidup..hmmm”

Datuk “BOEKK TOQQ” LARIKAN DIRI DARI PAPARAZI

Sebelum ini Datuk wanita yang dipercayai seorang usahawan produk kecantikan dan kosmetik telah diterjah oleh seorang paparazi di satu lokasi sekitar ibu kota.

Berdasarkan kepada video yang tular itu, Datuk wanita tersebut jelas menunjukkan rasa tidak selesa apabila diekori oleh pemberita yang cuba mendapatkan rahsia kejayaan beliau sehingga berjaya ketahap seperti ini.

Melihat kepada penampilan Datuk tersebut, beliau merupakan seorang wanita yang agak berketerampilan dengan mengenakan baju dan miniskirt putih dan memandu kereta BMW mewah keluaran terkini.

Sambil diekori rapat, pemberita tersebut terus mendesak sehingga wanita itu mengalah dan akhirnya berhenti seketika

Persoalannya siapa Datuk wanita ini?

Sebenarnya admin pun jumpa video dia kt laman instragram..kikiki

Tengok mcm menarik utk ditonton, tangan admin pun gatai sebenarnya nk klik video dia..maklumlah awek

Lepas skrol sedikit sebanyak, dapat la admin simpulkan bahawa maybe awek ni usahawan kosmetik atau produk kecantikan.

Tapi tengok gambar2 yang diupload dalam insta dia boleh tahan, dressup merecik.. berkereta mewah.. rumah pun = besau.. body, baek toq..kikikiki. Muka, mmm boleh la. Nak kata cun sangat tu idok ler.. takat nk bwk jalan gi pavillion tu gagah lagi la.

Stalk punya stalk dia ni ada citer dlm insta dia, yang dia pun start dari bawah keje biasa2 jd promoter smpi la jadi usahawan sekarang ni hasil usaha dia sendiri.

Ni antara petikan dari insta dia, admin belanja :

Darlingsara – Ye betul takde apa yang special pasal saya. Dulu muka tak lawa, badan kurus mcm cacing kepanasan, miskin wak.. sy keje promoter berdiri 12 jam. Takde yg special pun. Saya sedar diri, saya tk malu pn nak bgthu org. Kalau saya masuk kedai hermes ke rolex ke saya tak malu pn nk bgthu saya budak miskin je dlu.

Nothing to be proud of. Cos im not yet billionaire like wht i want to be. Tapi kan wak, saya berusaha tau keluar dari hidup saya yang dulu. Saya tak duduk kat os tunggu duit jatuh dari langit. Saya tak mengemis duit kat orang nak start bisnes. Dan, saya tak harap duit sesiapa pun masa saya naik.

Saya keturunan indonesian, susah wak nk hidup kt malaysia ni. Asyik ada je tak kena..tapi kan wak, i made it. Almost to the top. Kereta2 yg saya ada, rumah, duit, os, spa.. semua yg saya ada semua hasil titik peluh sy tanpa bantuan org. .

Takde sape tolong, and im proud. Super proud of myself. Dari promoter gaji 800-1200.. jadi dropship income 1500-2000, jadi agent 2000-5000.. dan skrg? Terima kasih atas doa mak, doa keluarga, doa semua org yg tk putus. Terima kasih jgk kpd haters yg nk tgk kejatuhan sy, sbb awk saya makin kuat.

Copywriting ni bukan utk menunjuk. Tp nak empower women, if i can, u can too.. biaq p la org nk kata apa, mulut sampah mmg tk boleh benti mengata psl org na.. kita? Berusaha sehabis boleh. Yg penting segala2 rezeki adalah dr keberkatan ibu bapa. .

Jahil mana pn kita, ada bbrp perkara kena patuh. Salah satu, berbakti dkt parents. Nnt rezeki senang masuk. Semu bnde ni sara ajar sta and agent sara. Apa diorg dpt skrg? Siap ada nk keluar audi. .

Ingat resepi berangan? Berangan dan usaha. Cnrm jadi kenyataan. Okay la slamat malam smua org

Walaupun ada je haters kat insta dia dok kecam2 minah ni, maybe sebab dia suka pakai seksi2 kot. Pada admin, lantak kome ler, nak pakai mcm mana pun.. admin berpegang pada prinsip “hidayah itu milik Allah”. Kalau dh sampai seru dia berubah la tu..sama2 doakan lah. InsyaAllah..

Tapi apa yang admin blh ambil daripada kisah ni, dia ni asal hidup susah. Sampai baju nk gi sekolah pun kongsi dengan adik beradik. Tapi berkat usaha dia, berjaya sampai mampu miliki kereta dan rumah mewah..bukan perkara yang semua orang mampu buat.

Benda baik kita ikut, benda yang xbaik jadikan la sempadan. Moral of the story, kita mampu mengubah nasib kita asalkan ada kemahuan, usaha, tawakal dan doa.

Ok girl, u gained my respect

Moga maju jaya dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat

Parok mung Datuk

Posted by Lubokviral.com on Monday, December 17, 2018

Sumber: kl viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *