Hanya Kerana Gambar Ini, Keluarga Dato Siti Nurhaliza Terima Ugutan

 

Pasti ramai yang sudah sedia maklum dengan isu yang sedang hangat diperkatakan sebelum ini di mana ianya berkaitan dengan kebebasan rakyat untuk bersuara disekat semasa di bawah pemerintahan pemimpin terdahulu.

Ramai selebriti yang MH dapati meluahkan rasa syukur kerana akhirnya mereka dapat bersuara tanpa rasa takut periuk nasi mereka disekat seperti sebelum ini.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda Bersatu yang juga ahli Parlimen baharu Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik satu perkongsian berkaitan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes berkenaan dirinya terpaksa memberi sokongan kepada pemimpin sebelum ini dan Syed Saddiq meminta untuk semua rakyat tidak melabel Tony Fernandes sebagai pengkhianat.

Hanya menjadi mangsa.. 

Kesimpulan terhadap cerita yang dikongsi oleh Syed Saddiq ini adalah dia menyatakan bahawa selepas ini di era pemerintahan baru, rakyat tidak perlu lagi takut untuk bersuara atau mengkritik kerajaan kerana setiap mereka yang memberi kritikan tidak akan menjadi mangsa penganiayaan.

Nampaknya posting daripada Syed Saddiq tentang kisah Tony Fernandes ini mendapat perhatian ramai dan salah seorangnya adalah anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid.

Image result for Syed Saddiq asyraf

Asyraf telah meninggalkan komen pada posting Ketua Pemuda Bersatu ini dengan mengucapkan terima kasih kerana bersikap terbuka untuk mendengar suara rakyat.

Sesuatu yang buruk bakal.. 

Dalam pada itu, Asyraf juga turut mendedahkan bahawa dirinya pernah diugut hanya kerana dia memuat naik gambar bersama Syed Saddiq di media sosial.

Katanya lagi, dia diberi amaran untuk tidak menunjukkan sokongan secara terbuka kepada Syed Saddiq kerana jika tidak sesuatu yang buruk akan berlaku.

Lagi gambar keluarga Siti Nurhaliza & Dato K bersama Tun Dr Mahathir:

Heboh Didakwa Bakal Bertanding Sebagai Calon PH Pada PRK DUN Semenyih, Ini Kenyataan Balas Pihak Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penularan dakwaan mengatakan dia bakal bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Perkara itu ditegaskan oleh pengurus peribadi Siti Nurhaliza, Rozi Abd. Razak, 45, sebagai kenyataan terhadap desakan pelbagai pihak yang mahukan penjelasan Siti mengenai dakwaan tersebut.

“Sebolehnya saya atau @ctdk (Siti Nurhaliza) tidak mahu komen kepada perkara yang tidak ada kena mengena, tidak diketahui dan tidak dilakukan oleh @ctdk (Siti Nurhaliza).

“Cukuplah jika tidak suka nama kita digunakan, nama kita dijadikan bahan fiitnah, nama kita dihiina-hiina, nama kita diejeek-ejeek, begitulah juga @ctdk (Siti Nurhaliza),” tulisnya menerusi laman Instagramnya semalam.

Mengulas lanjut, Rozi berkata, sepanjang berdepan fiitnah mengaitkan Siti Nurhaliza dalam propaganda politik, pihak pengurusan mengambil pendekatan berdiam diri dan hanya sesekali menjelaskan dakwaan tersebut kepada umum.

Sementara itu, ruangan komen Instagram milik Rozi dibanjiri komen pengguna laman sosial yang mendesak pihak pengurusan dan Siti Nurhaliza mengambil tindakan undang-undang terhadap fiitnah berkenaan.

Baru-baru ini tular dalam media sosial mengaitkan pelantun lagu Anta Permana itu sebagai calon PH dalam PRK DUN Semenyih yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac nanti.

Sumber ; MediaHiburan & Malaysiabolehbro.com, kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *