Ini Keputusan Tak Rasmi PRK Semenyih Yang Tak Disangka-Sangka.

PRK Semenyih: 63 peratus keluar mengundi setakat jam 3 petang

SEMENYIH: Sebanyak 63 peratus daripada 53,411 pengundi biasa bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Semenyih telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 3 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi 70 peratus pada PRK kali ini.

Proses pengundian di semua 24 pusat mengundi membabitkan 116 saluran dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang ini.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun turut meninjau proses pengundian di beberapa pusat mengundi sejak pagi tadi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Seri Putra, Sekolah Rendah Agama Batu Tiga dan SMK Bandar Rinching.

Namun terdapat beberapa perkara yang mencemari proses pengundian termasuk adanya aktiviti meraih undi dan barung atau pondok panas di beberapa pusat pengundian. Bagaimanapun, SPR telah mengarahkan semua aktiviti tersebut dihentikan serta-merta.

Azhar turut mengingatkan calon untuk tidak sesekali mengeluarkan kenyataan ‘undi saya’ kepada mana-mana individu, meskipun kepada pihak media sehingga pusat mengundi ditutup hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati jumlah pengundi ramai di pusat-pusat mengundi pada waktu pagi namun semakin berkurangan pada waktu tengah hari.

Hal ini berkemungkinan para pengundi bimbang akan cuaca terlalu panas pada waktu tengah hari dan hujan di sebelah petang seperti yang berlaku sejak dua atau tiga lepas.

Tinjauan Bernama setakat jam 3 petang juga mendapati aliran trafik di jalan-jalan utama di pekan Semenyih sedikit sesak.

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi (BN), Kuan Chee Heng (Bebas) dan Nik Aziz Afiq Abdul (PSM).

PRK berkenaan diadakan berikutan kemaatian penyandangnya yang mewakili Bersatu, Allahyaarham Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari lepas akibat seraangan jantung. – BERNAMA

Pengundian PRK Semenyih berakhir

SEMENYIH: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bagi memilih wakil rakyat baharu berakhir jam 5.30 petang ini.

Pengundian di 24 pusat mengundi berlangsung sejak jam 8 pagi dan setakat 4 petang, peratusan pemilih yang mengundi ialah 68 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 53,411 pengundi biasa layak mengundi hari ini dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor dari Pakatan Harapan (PH), pada 11 Januari lalu.

Pengundian awal bagi PRK itu diadakan Selasa lalu.

Pusat penjumlahan rasmi undi yang ditetapkan ialah di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang di Saujana Impian, Kajang.

SPR sebelum ini dilapor menjangkakan keputusan pengundian diumum sebelum jam 10 malam ini.

PRK Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Muhammad Aiman Zainali (PH), Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.

Ia adalah PRK keenam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober) dan Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari tahun ini. – BERNAMA

[TIDAK RASMI] Calon BN kekal mendahului

KEPUTUSAN tidak rasmi kiraan undi 100 daripada 120 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi mendahului dengan majoriti 2,222 undi setakat 7.31 malam.

Keputusan itu dipaparkan di skrin layar pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang ketika ini dan terus dikemas kini dari semasa ke semasa.

Zakaria memperolehi 16,636 undi diikuti calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali dengan 14,414 undi, manakala Kuan Chee Heng (BEBAS) dan Nik Aziz Afiq Abdul masing-masing hanya mendapat 601 dan 673 undi.

Sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *