Ini Yang Terjadi Tadi Apabila Dua Penyokong Tegar PH Dan BN Bertembung.

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi (BN), Kuan Chee Heng (Bebas) dan Nik Aziz Afiq Abdul (PSM).

PRK berkenaan diadakan berikutan kemaatian penyandangnya yang mewakili Bersatu, Allahyaarham Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari lepas akibat seraangan jantung. – BERNAMA

Pengundian PRK Semenyih berakhir

SEMENYIH: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bagi memilih wakil rakyat baharu berakhir jam 5.30 petang ini.

Pengundian di 24 pusat mengundi berlangsung sejak jam 8 pagi dan setakat 4 petang, peratusan pemilih yang mengundi ialah 68 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 53,411 pengundi biasa layak mengundi hari ini dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor dari Pakatan Harapan (PH), pada 11 Januari lalu.

Pengundian awal bagi PRK itu diadakan Selasa lalu.

Pusat penjumlahan rasmi undi yang ditetapkan ialah di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang di Saujana Impian, Kajang.

SPR sebelum ini dilapor menjangkakan keputusan pengundian diumum sebelum jam 10 malam ini.

PRK Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Muhammad Aiman Zainali (PH), Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.

Ia adalah PRK keenam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober) dan Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari tahun ini. – BERNAMA

KEHARMONIAN PENYOKONG PAKATAN HARAPAN DAN BARISAN NASIONAL BILA BERTEMU

Gaduh gaduh sikit, gurau gurau sikit memang adat bertanding. Ia seperti adik beradik.

Sama seperti dalam pilihanraya ini. Bermacam macam ragam dari awal PRK Semenyih diadakan sehinggalah jam 5.30pm pintu ke pusat mengundi ditutup.

Video dibawah dimuatnaik oleh Najib Razak menunjukkan PH dan BN masih boleh bergurau senda tanpa apa apa pergaduhan. Ini perkara biasa dan di akhir hari, semua adalah sama dan kawan tetap kawan walau apa parti sekali pun.

Mari lihat video dibawah … Semua ok ok je 

Masa mengundi untuk PRK Semenyih sudah berakhir. Seronok saya lihat penyokong masing-masing berhibur bersama sementara menunggu keputusan.

Posted by Najib Razak on Saturday, March 2, 2019

 

“Masa mengundi untuk PRK Semenyih sudah berakhir. Seronok saya lihat penyokong masing-masing berhibur bersama sementara menunggu keputusan.” – Najib Razak

Ahmad Maslan pun senyum .. ini semua adat bertanding. Kadang kadang orang lain je yang over .. haha!

 

[TIDAK RASMI] Calon BN kekal mendahului

 

KEPUTUSAN tidak rasmi kiraan undi 100 daripada 120 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi mendahului dengan majoriti 2,222 undi setakat 7.31 malam.

Keputusan itu dipaparkan di skrin layar pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang ketika ini dan terus dikemas kini dari semasa ke semasa.

Zakaria memperolehi 16,636 undi diikuti calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali dengan 14,414 undi, manakala Kuan Chee Heng (BEBAS) dan Nik Aziz Afiq Abdul masing-masing hanya mendapat 601 dan 673 undi.

Sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *