“Kami Terima Amaran Dari Peruusuh!”- Pemandu Van Bomba Dedah Amaaran Yang Mereka Terima Dari Perusuh

Inkues Adib: “Dia kena bantailah, apa lagi” – Saksi

Amirrul Adli hadir pada prosiding inkues bagi menentukan punca kemaatian Adib yang masuk hari ketiga di Mahkamah Koroner Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Rabu.

SEORANG saksi memberitahu Mahkamah Koroner pada Rabu bahawa beberapa orang awam yang berada di lokasi semasa insiden kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, tahun lepas memaklumkan kepadanya bahawa seorang anggota bomba telah dipuukul.

Amirrul Adli M Yussli, 26, pelatih pramugara di syarikat penerbangan AirAsia berkata, beliau juga melihat anggota bomba itu, yang memakai pakaian celoreng, duduk dalam keadaan melunjurkan kaki.

Image result for Inkues Adib: “Dia kena bantailah, apa lagi” – Saksi

Saksi keempat itu berkata beliau bertanyakan mengenai keadaan anggota bomba itu kepada beberapa individu dan seorang daripada mereka menjawab ‘dia kena bantailah, apa lagi.’

Amirrul Adli berkata setelah menyedari keretanya yang diletakkan pada bahu jalan dilanggar oleh jentera bomba, beliau dan rakannya bergegas lari melihat ke arah kenderaan.

“Sewaktu memeriksa kereta, dari jarak 40 meter, saya nampak seorang anggota berada dalam keadaan duduk dan kedua-dua kaki berlunjur ke hadapan sambil memeluk tubuh seolah-olah sedang mengalami kesaakitan,” katanya pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kemaatian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lepas di Institut Jantung Negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Faten Hadni Khairuddin pada hari ketiga prosiding inkues itu.

Faten: Apa kamu nampak?

Amirrul: Saya nampak seorang anggota bomba duduk melunjur di bahu kiri jalan. Dia memakai baju-T dan berseluar celoreng.

Faten: Terduduk macam mana?

Amirrul: Kaki melunjur dan memeluk badan.

Faten: Tangan dia macam mana?

Amirrul : Peluk badan dalam keadaan sakit Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Amirrul berkata beliau nampak anggota bomba itu dibaringkan di ruang kosong hadapan keretanya (Amirrul) dan beberapa individu ada mengatakan beliau (anggota bomba) hampir pengsan.

“Saya jenguk sekejap nampak dia seperti nak pengsan,” katanya.

Ketika ditanya mengapa beliau berada di lokasi kejadian, saksi itu berkata dia dan rakannya dalam perjalanan ke rumah kawan di Putra Heights kira-kira puukul 12.30 pagi, pada 27 November lalu.

Amirrul berkata rakannya yang memandu kereta memberhentikan kenderaan di sebelah kiri bahu jalan setelah melihat sebuah kereta terbaakar.

Katanya beberapa minit selepas kejadian, beliau melihat sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tiba untuk memadamkan kebakaran.

Saksi itu berkata beliau juga melihat jentera FRT itu diseraang sekumpulan individu dengan membaling botol ke arah cermin jentera bomba itu.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung petang ini.

Sumber- BERNAMA

Bomba dedah terima amaaran

Image result for rusuhan kuil bomba

SHAH ALAM – Saksi keenam mendedahkan pasukan bomba dan penyelamat Subang Jaya menerima amaran daripada peruusuh agar tidak memadam 18 kenderaan yang terbakar berdekatan dengan Kuil Sri

Maha Mariamman USJ, sehari sebelum insiden Muhammad Adib Mohd Kassim parah dalam kejadian rusuuhan tersebut.

Mohd Hazim Mohd Rahimi perkata, dia mengetahui perkara itu ketika post morterm selepas kejadian menimpa Muhammad Adib .

“Dalam post morterm itu, pemandu Fire Rescue Tender (FRT) Pasukan A memberitahu ada orang awam datang beri amaran jangan padam kebakaaran.

“Dia (pemandu FRT Pasukan A) beritahu keadaan ketika itu ramai orang bersorak dan ada juga yang datang rem motor kepada mereka,” katanya menjawab soal balas peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Syazlin Mansor.

Terdahulu, dalam prosiding inkues kemaatian Muhammad Adib berkata, dia lari menyelamatkan diri ke arah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) selepas melihat sekumpulan peruusuh menyerbu ke FRT dan dirinya.

“Dalam keadaan kelam kabut itu saya nampak ada antara mereka membawa besi putih seperti tiang net takraw, objek lurus seakan pedaang saamurai, batu dan kayu,” katanya.

Justeru katanya, dia memikirkan keselamatan dirinya dan van EMRS adalah pilihan terbaik untuk menyelamatkan diri.

“Sekiranya kembali ke tempat duduk sebelah kanan FRT, saya mungkin tidak selamat kerana peruusuh mula menyeerang,” katanya.

Menurutnya, ketika berlari ke pintu tepi sisi (slide door) EMRS, pintu Muhammad Adib dalam keadaan tertutup.

“Saya pun tidak nampak dia di kawasan luar van, kalau tidak sudah tentu saya cam kerana kami memakai uniform bomba,” katanya.

Sebaik berjaya masuk ke dalam EMRS, dia kemudiannya berbaring di bawah katil pengusung.

“Tidak lama kemudian, dua biji topi keledar menembusi cermin sisi belakang dan cermin belakang EMRS.

“Saya masih dalam keadaan terbaring sehingga tiba di balai polis,” katanya yang juga tidak menyedari kehilangan Muhammad Adib.

Prosiding hari keempat Inkuiri berkenaan berlangsung di hadapan Koroner, Roah Mohamad

Sumber: sinar harian

Video:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *