Lain Macam Tengok Cara Orang Langkawi Sambut Najib Razak. Orang Sana Tu Mesti Panas Punggung Tengok

Najib Razak Bossku Turun Ke Langkawi Dan Ini Senaman Ringkas Orang Langkawi Untuk Najib Razak. Memang Lain Macam..

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini datang dan bersarapan dengan penyokongnya di Pulau Langkawi.

“Alhamdulillah pagi ini cukup ceria dan ramai datang sarapan pagi ala kadar dengan saya”, katanya ketika ditemui dalam Majlis Minum Pagi bersama Bossku di Delta Resort, Pantai Chenang hari ini.

Beliau menyatakan rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan para penyokongnya.

Menurut laporan Watan Online, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba petang semalam disambut kira-kira 1000 penyokongnya di Lapangan Terbang Langkawi.

Turut hadir bersama beliau ialah bekas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad dan pemimpin UMNO tempatan.

IMG20190202095651-1024x576-681x383

Bagaimanapun, kedatangan Najib yang sekarang dikenali dengan tag ‘Malu Apa Bossku’ itu sudah tentu ada maksud tersirat.

Walaupun bekas Presiden UMNO itu hadir atas jemputan penyokongnya namun ‘kehadiran’ itu turut membawa makna tertentu kepada Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana Pengerusi PH sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Ahli Parlimen Langkawi.

Sumber Artikel: Malaysia Gazette

Dah Breakfast Ke?

Najib Razak muat naik 1 gambar dengan ayat ayat yang begitu ‘deep’.

Dah breakfast ke?

Hidup ini sebenarnya simple saja.

Kalau lapar, makan.

Kalau dahaga, minum.

Kalau rindu, cakap.

Kalau sayang, beritahu.

Kenapalah nak complicated sangat?

Dah breakfast ke?Hidup ini sebenarnya simple saja. Kalau lapar, makan.Kalau dahaga, minum.Kalau rindu, cakap.Kalau sayang, beritahu.Kenapalah nak complicated sangat?😊😊

Posted by Najib Razak on Friday, February 1, 2019

SENAMAN RINGKAS SELEPAS SARAPAN

“Sedikit senaman ringkas untuk bakar kalori selepas minum pagi. Terima kasih kepada
kawan-kawan di Langkawi yang sudi meluangkan masa tadi. #SayaCintaMalaysia” – Najib
Razak

Sedikit senaman ringkas untuk bakar kalori selepas minum pagi.Terima kasih kepada kawan-kawan di Langkawi yang sudi meluangkan masa tadi.#SayaCintaMalaysia

Posted by Najib Razak on Friday, February 1, 2019

“TERIMA KASIH LANGKAWI” – NAJIB

Mantan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak menzahirkan rasa gembira kerana dapat bersantai bersama rakyat secara bebas.

“Alhamdulillah pagi ini cukup ceria dan ramai datang sarapan pagi ala kadar dengan saya..”, katanya ketika ditemui dalam Majlis Minum Pagi bersama Bossku di Delta Resort, Pantai Chenang Langkawi pada pagi Sabtu.

Beliau dan isteri, Datin Sri Rosmah Mansor yang tiba petang semalam disambut kira-kira 1000 penyokongnya di Lapangan Terbang Langkawi.

Sumber Artikel: Mantan Online via KL Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *