Sebelum ini pernah tolak pemberian hadiah telefon bimbit, Anthony Loke sekali lagi beri kejutan pada penumpang Air Asia ketika dalam pesawat

 

Seperti sedia maklum, kerajaan telah bertukar sejak Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lalu. Perubahan demi perubahan dibuat untuk kebaikan rakyat sekaligus melahirkan Malaysia Baru.

Siapa tidak kenal dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan pendiriannya mengenai polisi tiada pemberian untuk penjawat awam apabila beliau pernah menolak hadiah yang diberikan penganjur untuknya. Kali ini, Anthony Loke membuat kejutan pada penumpang Air Asia ketika dalam pesawat. Saksikan Video di pautan terakhir artikal

Kotakan janji, Anthony Loke tolak pemberian hadiah telefon bimbit

KUALA LUMPUR: Berpegang pada janji!

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini menjadi viral apabila enggan menerima hadiah sebagai tanda penghargaan yang diberikan kepadanya pada majlis pelancaran perkhidmatan e-hailing tempatan.

Semua itu dilakukan Anthony sebagai mematuhi dasar tidak terima hadiah yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.
“Saya minta maaf tetapi saya tidak boleh terima ini,” tegasnya ketika diberikan dua telefon bimbit selepas pelancaran Diffride, perkhidmatan e-hailing baharu.

Susulan tindakannya itu, Anthony sekali lagi menjelaskan pada sidang media bahawa kerajaan Pakatan Harapan ‘mengotakan kata’ dan enggan menerima sebarang hadiah pada mana-mana acara.

“Kerajaan baharu dan semua menteri, kami mengotakan kata, dan saya ingin memaklumkan kepada penganjur acara di masa depan, sila ambil perhatian kerana ini peraturan baharu oleh kerajaan baharu.

“Saya tidak perlukan sebarang hadiah. Lain kali, jika anda undang saya ke majlis, saya hanya akan hadir. Saya tidak perlukan sebarang hadiah,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Jun dilaporkan berkata menteri-menteri kini tidak lagi boleh menerima hadiah di bawah dasar baharu yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut Dr Mahathir, hadiah hanya dihadkan kepada bunga, makanan dan buah-buahan.

VIDEO: 

Kapten Anthony Loke’ beri kejutan pada penumpang Air Asia sempena Tahun Baru Cina… LOL

kredit video : Tang Tsiao Yin

Kapten Anthony Loke

'Kapten Anthony Loke' beri kejutan pada penumpang Air Asia sempena Tahun Baru Cina… LOLkredit video : Tang Tsiao Yin

Posted by OH.MY Parlimen on Thursday, January 31, 2019

Menteri Pengangkutan
ANTHONY LOKE SIEW FOOK

Umur: 41 tahun (28 April 1977)

Asal: Seremban, Negeri Sembilan

Pendidikan:

*St Paul Institution & SMK Seri Ampangan

*Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan (Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM)

Jawatan:

*Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Sembilan

*Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP

*Ahli Parlimen Seremban, Negeri Sembilan

*Adun Chennah, Negeri Sembilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *