Selepas Emma Maembon meminta maaf, ini rayuan Syed Abdullah kepada rakyat Malaysia

 

‘Itu bukan Emma’ – Syed Abdullah buka mulut tentang foto celah kangkang

ABANG kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30, mengakui lelaki yang mirip wajahnya dalam keping gambar yang tular hari ini adalah dirinya.

Syed Abdullah bagaimanapun menafikan bahawa wanita yang duduk di celah kangkangnya pelakon Emma Maembong.

“Ya, lelaki dalam kedua-dua gambar adalah saya tetapi wanita yang bersama saya di dalam bilik itu bukan Emma seperti yang didakwa.
“Itu adalah wanita lain dan gambar tersebut diambil kira-kira empat tahun lalu,” katanya memetik laporan MHE TV.

Namun, Syed Abdullah akui wanita yang kelihatan menerusi gambar yang diambil dalam sebuah restoran adalah Emma.

Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama Syed Abdullah.

Pada 19 Januari lalu juga, Emma memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai termasuk ucapan hari jadi.

emma maembong

Memang Salah Saya, Bukan Salah Kawan, Keluarga Atau Sesiapa, Akhirnya Emma Buka Mulut
Selepas tersebarnya beberapa keping foto tanpa hijab yang dikatakan mirip kepada pelakon, Emma Maembong sejak awal hari ini, akhirnya pelakon Kimchi Untuk Awak secaea profesional tampil mengakui khilaf.

Pengakuan tersebut dibuatnya menerusi Instagram menerusi posting terkini. Berikut merupakan apa yang dikongsikan Emma;

“Salam semua. Sy nk mintak maaf atas salah sy lalai. Mmg salah sy. Bukan salah kawan, keluarga atau sapa2 jgn salah kan diorg sbb sy sendiri yg lalai.

“Maaf kan sy. Thank you kepada yg nasihat sy, dan yg marah yg kecewa atau sedih semua sy mintak maaf ya. Im sorry.

“Walaupon ramai ckp pergi mintak maaf dekat allah sy buat, dekat manusia pon still sy kene mintak maaf jgk kan.tak sempat sy nk reply comment satu2 byk sgt.

“But Thank you yg masih support dan yg positive. Love you guys so much. Im sorry again. Maaf kan saya,” tulisnya.

Semoga pengumuman maaf secara terbuka ini sedikit sebanyak boleh menjelaskan apa yang berlaku. Doakan yang baik-baik buat Emma.

Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :

takpa sis, saya tetap minat dan sokong cuma next time hati hati dan beringat yaa.. salute sebab berani mengaku kesalahan diri sendiri

Xkira apa mreka kata. Sya tetap minat dn skong awk, stay strong sister. xde mnusia d dunia ni smpurna..

Nama juga manusia tak lari dari buat silap.apa yang penting kita tahu dan mengaku salah.just keep on going dear.God bless

God never promise that the sky always blue,but God promises He will always with you,,, God never promise that’s the road is always smooth,but God promises He promises give you strength… Be strong and fighting

Its okay kak emma,,,semue org ada buat salah ,,kite mnusie biase x lari dri buat kesilapan..ape ii pun,,,jgn ulang lagi perkara ni oky,, i love u sis

You have a pure heart and kindness in your soul makes me love and like you more . The way you admit it and apologise to your fans , em just touched i wish you all the best

Mintak djauhkan dari kita sifat mazmumah..sbg pmpn pon sy malu jgk,bila ada yg jnis luwa lain dlm lain..biarlh dia,tu antra dia dgn Allah..kite jge jelh maruah kite ni dgn sbaiknye

Lepas nie jgn buat cam tu lagi k.. Khwin laa cpat2 kn senang

Industri seni tanah air sememangnya tidak pernah sunyi daripada pelbagai kisah sensasi. Bukan hanya cerita hasil seni yang dipaparkan, bahkan kisah kehidupan peribadi turut dijajakan.

Ada yang manis, tapi tak kurang juga yang pahit untuk ditelan.

Begitulah lumrah dan adat dan asam garam dunia seni yang sering menjadi perhatian peminat.

Baru-baru ini kecoh seketika portal-portal hiburan dengan penyebaran gambar seorang pelakon terkenal yang berkepit dan dikepit oleh abang kepada seorang menteri yang terkenal dengan aksi poster boy. Mesra gitu. Ada apa-apa ke?

Beliau yang tampil dengan imej bertudung telah menghampakan ramai peminat apabila kembali memuat naik gambar tidak berlitup.

Dipercayai gambar-gambar tersebut adalah untuk tontonan kenalan terdekat sahaja tetapi telah tersebar dengan kelajuan melebihi hadlaju kamera AES dan data internet korang.

Belum pun reda isu gambar bersantai di celahan drumsticks, rejimen bawang seMalaysia terbitkan pula koleksi musim panas yang lain

Kesian Emma. Semoga beliau tabah dengan dugaan kali ni dan tidak mengulangi kesilapan sebegini.

Admin doakan jodoh Emma kali ni berkekalan tak seperti sebelumsebelum ni. Kalau dah dipersetujui kedua-dua belah pihak tu langsungkan jela majlis cepat-cepat ye.

Malu apa bossku?

Giliran Syed Abdullah pula mohon maaf

Syed

KUALA LUMPUR – Selepas seharian tular akibat penyebaran gambar mesra bersama pelakon Emma Maembong, Syed Abdullah Syed Abd. Rahman, 30, tampil dengan luahan permohonan maaf secara terbuka.

Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd. Rahman memuat naik permohonan maaf secara terbuka dalam akaun Instagramnya sebentar tadi.

Dia yang meminta rakyat Malaysia menghentikan kecaman terhadapnya turut mendakwa bahawa akaun Wechatnya digodam sehingga tersebar gambar-gambar panas bersama Emma.

“Ini semua salah Syed dan kecuaian Syed seorang. Janganlah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga Syed dan rakan-rakan Syed. Biar saya berdepan dengan kesilapan saya.

“Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas nasihat anda dan sokongan moral yang saya terima. Saya menerima segala kritikan secara positif dan berjanji memperbaiki diri,” tulisnya.

Syed Abdullah juga menempelak individu di sebalik penularan kesemua gambar berkenaan dengan menegaskan, hubungan kekeluargaannya tidak tergugat dek perkara tersebut.

Tambahnya, dia bersedia untuk dikecam dan berharap insiden berkenaan menjadi teladan bagi orang lain.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan permohonan maaf daripada Emma berhubung gambarnya tidak bertudung dan memeluk Syed Abdullah yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, turut tersebar dua keping lagi gambar wanita mirip Emma dipeluk seorang lelaki dipercayai Syed Abdullah. – K! ONLINE

Sumber : Ekushey21

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *