“Semangat Anak Muda Malaysia”- Boss Najib Razak Ulas Lagi Fenomena ‘Malu Apa Bossku’ Di PRK Semenyih

Kemenangan BN tanda referendum rakyat terhadap PH – Mohamad Hasan

HULU LANGAT: Barisan Nasional percaya kemenangan calonnya Zakaria Hanafi di Semenyih menandakan wujudnya sentimen jelas rasa tidak puaas hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Pakatan Harapan.

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, demografi Semenyih boleh memberi gambaran secara keseluruhan perasaan majoriti rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, terutamanya mengenai janji manifesto pilihan raya umum yang tidak ditepati.

“Tapi real test case adalah Semenyih. Ada penduduk luar bandar, semi bandar, dan dalam bandar. Dan majoritinya pengundi Melayu. Jadi kemenangan ini amat baik, menggambarkan bahawa ia merupakan referendum rakyat untuk menyatakan bahawa rakyat berasa kesal dan tidak puas hati di atas prestasi kerajaan PH ini, setakat ini.

“Rakyat tak puas hati, terutamanya berkenaan janji ditaburkan, yang melenakan pengundi semasa PRU14 dahulu,” katanya kepada sidang media di sini Sabtu malam.

Kemenangan BN tanda referendum rakyat terhadap PH - Mohamad Hasan

Selain itu, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, kejayaan itu juga hasil kerjasama politik bersama Pas, dan ia jelas mendapat reaksi positif dari kalangan pengundi Melayu Islam, yang menjangkau lebih 70 peratus daripada keseluruhan pengundi di sini.

Katanya lagi, kerjasama itu akan diteruskan bersandarkan kepentingan bersama, bukan sahaja untuk kedua-dua parti, tetapi juga menjadi suara pembaangkang yang kuat demi membela kepentingan rakyat

“Bolehlah kita katakan bahawa kerjasama ini akan datangkan faedah kepada kedua pihak. Tapi apa yang kita rangka, kerjasama atas kepentingan bersama, khusus orang Melayu, agama Islam, dan juga kita nak lihat negara ini diurus dengan baik.

“Kita nak check and balance, kerana jika tak ada banyak suara pembangkang boleh imbangi kerajaan begitu kuat, dia tak baik kepada rakyat,” katanya lagi.

Fenomena ‘Bossku’ simbol perjuangan anak muda – Najib

SEMENYIH: Fenomena ‘Bossku’ tidak dirancang dan ia menjadi tular kerana ia selari dengan jiwa dan keinginan anak muda, kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, slogan itu merupakan simbol bahawa anak muda ingin Barisan Nasional (BN) perjuangkan perkara yang dekat di hati mereka.

Fenomena 'Bossku' simbol perjuangan anak muda - Najib

“Kita lihat bahawa semangat dan fenomena ‘Bossku’ ini terjadi dengan sendiri dan secara organik.

“Ia tidak dirancang dan bukan satu pengarahan yang kita (BN) lakukan tetapi ia terbit dari hati nurani rakyat terutama sekali generasi muda.

“Ini merupakan satu simbol bahawa orang muda ingin kita perjuangkan apa yang dekat di hati mereka, apa yang mereka lihat sebagai kepentingan kepada anak muda dan negara pada keseluruhannya,” kata Najib kepada pemberita di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang di sini pada Sabtu.

Slogan ‘malu apa Bossku’ mula tular selepas sebuah video pendek di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib.

Pemuda tersebut kedengaran menyebut ‘bossku’ dan disambut oleh Najib dengan menyebut, ‘malu apa bossku’.

Foto grafik Najib menaiki motosikal Yamaha Y15ZR bersama perkataan ‘malu apa bossku’ turut tersebar pantas di saluran media sosial.

Sumber: astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *