Seorang Wanita Terjumpa Botol Hanyut Yang Terdapat Mesej Di Dalamnya, Apabila Dibuka Alangkah Terkejutnya…

SEORANG wanita yang mencampakkan botol mengandungi mesej ke laut semasa umurnya tujuh tahun ditemui semula, selepas 17 tahun.

Emily Edwards, 25, mencampakkan botol di Rhyl, utara Wales, semasa percutian keluarga pada 2001.

Sam Hammond menjumpainya di Nefyn, Wales minggu lalu, hampir 97 kilometer jauhnya.

Mesej yang memaparkan poskod, tarikh dan nama Emily. Foto Sue Cookson

Menerusi perkongsi di Telford Live, nota tersebut mengandungi poskod di Telford, tarikh dan nama Emily.

Ibu Sam, Sue Cookson berkata: “Sam berkunjung dari London dan menemuinya di pantai dekat rumah kami semasa dia pergi berlari.

“Kami tidak pernah menemui apa-apa seperti itu sebelum ini, maka tentunya seronok untuk cuba mencari dia.

Beberapa jam selepas itu, Emily tampil mendedahkan dia mendapat idea tersebut selepas menonton filem Message in a Bottle.

Dia yang kini tinggal di Shrewbury berkata: “Saya lihatnya dan saya fikir, saya masih mempunyai tulisan tangan yang sama.

“Pelik, saya tidak pernah menjangkakan ia akan datang kembali.

Tambah Emily, dia tidak sabar untuk berkongsi kisah tersebut bersama anak perempuannya yang berusia lapan bulan, Luna. – BBC

Sumber: mstar

Penemuan Mesej Cinta Dalam Bahasa Chinese Dalam Botol Menimbul tanda tanya adakah ianya merentasi laut dari china ke england?

Mesej dalam botol romantis yang ditemui oleh seorang ibu dan anak perempuan di pantai Scotland telah mencetuskan satu misteri tentang sama ada ia boleh mengembara 5,000 km merentasi laut dari China. Nicola MacFarlane, 41, dan anak perempuan Lucy, empat, dari Portobello, berhampiran Edinburgh, sedang bersiar-siar di Portobello Beach apabila mereka terserempak dengan botol kaca lama separuh tertanam di pasir yang mengandungi nota dalam tulisan bahasa Mandarin.


Nampaknya surat itu telah berjaya dalam perjalanan yang luar biasa merentasi Laut Filipina, ke Lautan Hindi dan melalui kedua-dua Atlantik Selatan dan Lautan Atlantik Utara sebelum sampai di pantai Britain.Menarik kerana surat itu nampaknya dihantar melalui laut, dan telah ditulis pada hari valentine day China, atau dengan nama tradisionalnya, Qixi Festival, yang jatuh pada hari ketujuh bulan lunar ketujuh.

Walaupun surat itu selaras dengan kalendar lunar – Julai 7, 2012 – ia kemungkinan telah dihantar baru-baru ini iaitu lebih tepat lagi, enam hari lalu jika ia mengikuti kalendar moden, yang menyambut majlis itu pada 23 Ogos. Sama ada mesej itu telah mengembara beribu batu dari China atau sama ada ia telah ditulis oleh sepasang kekasih yang hanya tinggal berdekatan, masih kekal menjadi misteri.

Sumber: lulu-pages.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *