Setelah Kemenangan Berpihak Kepada BN Di Semenyih, Ini Kata-Kata Penuh Makna Najib Razak

MCA, MIC bincang kedudukan dalam BN

KUALA LUMPUR: MCA akan mengadakan pertemuan khas dengan MIC bagi membincangkan hala tuju hubungan serta kerjasama kedua-dua parti itu dalam tempoh tiga hari lagi.

Walaupun tidak mendedahkan agenda serta jangkaan hasil perbincangan itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan, ia berkait dengan perjuangan dua parti berkenaan.

Namun, difahamkan, pertemuan itu juga dijangka akan turut membincangkan hala tuju, pendirian serta kedudukan MCA dalam Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.

Ini kerana, ketika Mesyuarat Agung MCA ke-65 pada Disember lalu, perwakilan sebulat suara memberi mandat kepada Jawatankuasa Pusat (CC) untuk memulakan proses pembubaran BN dan membentuk perikatan baharu.

“Kita belum jumpa lagi, belum tahu apa hasilnya. Saya sudah bincang (dengan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran) untuk adakan mesyuarat,” kata Ka Siong selepas berucap di Majlis Ulang Tahun ke-70 MCA di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ka Siong menegaskan, mereka sedang menunggu Majlis Tertinggi BN menetapkan tarikh mesyuarat menentukan kedudukan parti itu.

“Jawatankuasa Pusat (CC) sudah mengemukakan permohonan kepada BN pada 12 Disember supaya mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk membincangkan mengenai cadangan itu.

“Apa sahaja keputusan yang bakal dibuat pada mesyuarat itu nanti, ia perlu dilakukan secara persetujuan tiga parti termasuk MIC. Saya yakin, BN akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat.

“Kami sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa gabungan ini diasaskan bersama tiga parti. Jadi, sebarang keputusan juga mesti diputuskan oleh tiga parti,” katanya.

Pendirian Ka Siong itu juga sekali gus menafikan khabar angin menerusi aplikasi WhatsApp sejak kelmarin yang mendakwa MCA akan mengumumkan keputusan untuk keluar daripada BN, hari ini.

“Siapa cakap, saya tak tahu. Saya baru pulang dari China. Macam mana mereka boleh sebarkan isu itu lebih awal, sedangkan teks ucapan ini saya tulis jam 1 pagi tadi,” katanya yang dipilih sebagai presiden baharu bagi penggal 2018-2021 pada Disember lalu.

Ketika berucap di majlis itu, beliau memberi jaminan akan memimpin MCA meneruskan agenda mereka, menjadi pembangkang yang efektif dan mendengar keluhan rakyat dengan menegur kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Selama 70 tahun berjuang, kini adalah masanya untuk meninggalkan MCA 1.0 dan membentuk MCA 2.0. Kita bukan saja berdepan cabaran baharu, tetapi perlu berusaha keras mencapai tahap lebih tinggi dan menjadi MCA yang lebih baik,” katanya.

Mengulas mengenai kempen menarik kaum lain menyertai MCA, katanya perkara itu sudah lama dilakukan dan akan dimantapkan kerana ramai yang salah faham, kononnya parti itu hanya dikhaskan kepada orang Cina saja.

Sumber: beritaharian

Semenyih BN punya!

SEMENYIH – BN berjaya merampas kerusi DUN Semenyih daripada PH selepas calon mereka, Zakaria Hanafi menang dengan majori 1,914 undi dalam PRK DUN Semenyih.

Zakaria memperoleh 19,780, menewaskan ga lagi lawannya, Muhammad Aiman Zainali (PH) 17,866 ; Nik Aziz Aq Abdul (Par Sosialis Malaysia (PSM)) 847 dan calon Bebas, Kuan Chee Heng mendapat 725 undi.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar pada jam 9.20 malam di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan kini PH memiliki 50 kerusi DUN Selangor manakala kerusi pembangkang meningkat kepada enam kerusi DUN.

PRK DUN Semenyih diadakan apabila wakil rakyatnya, Bakhar Mohd Nor, 57, meninggaal dunia akibat seraangan jantung, 11 Januari lalu.

Pada PRU-14, 9 Mei lalu, Bakhar mengetepikan penyandangnya Datuk Johan Abdul Aziz (BN); Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelvan daripada Par Sosialis Malaysia (PSM).

Ketua Bahagian Par Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Hulu Langat itu mengalahkan Johan, wakil rakyat dua penggal DUN Semenyih, dengan majori 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.

PRK DUN Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas PRU-14.

Sebelum ini, Selangor sudah mengadakan ga PRK DUN iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Sea dan Balakong.

Kemenangan Berpihak Kepada BN Di Semenyih, Ini Kata-Kata Penuh Makna Najib Razak

Di Semenyih, jentera Barisan Nasional bukan sahaja berdepan dengan Pakatan Harapan malah seluruh jentera dan sumber yang ada pada Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Bermula dengan program penukaran minyak hitam percuma, kemudian janji-janji pembinaan klinik kesihatan dan hospital, dana penyelenggaraan dewan, pemberian hamper dan tawaran baik pulih rumah, pengawalan harga minyak dan baru-baru ini janji kajian pengambilalihan konsesi tol.

Bandingkanlah dengan calon BN Zakaria Hanafi yang hanya bermodalkan keikhlasan senyuman, doa dan berjabat tangan untuk memenangi rakyat Semenyih.

Terima kasih kepada semua pengundi Semenyih yang memberikan keyakinan kepada Zakaria Hanafi dan Barisan Nasional untuk mewakili tuan-tuan dan puan-puan semua.

Kemenangan kepada Barisan Nasional ini membawa maksud yang besar – kebangkitan rakyat!

Kini tiba masanya untuk rakyat menuntut segala kajian yang dijanjikan dan janji yang telah dibuat kepada rakyat, bermulalah dari PRU14 sehingga PRK kali ini oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di bawah PH.

Takkanlah tiba-tiba Semenyih dah tak perlu klinik, tak perlu hospital, tak perlu jalan raya baik.

Janji yang ditabur itu kita lihatlah sama ada benar-benar ikhlas atau sebenarnya janji bersyarat.

Jangan kita beri peluang kepada Kerajaan hari ini sekadar bercakap kosong demi undi.

Saya ambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional, parti-parti komponen dan para penyokong yang telah berkempen sepanjang masa ini dan rakan-rakan kita dari PAS yang turut menyumbang tenaga dan membantu kita di setiap PDM.

Juga kepada semua pengundi di Semenyih.

Terima kasih!

Barisan Nasional tidak akan tumbang.

Setiap cabaran yang kami hadapi hanya akan memperkukuhkan parti.

Saya yakin Barisan Nasional akan dapat menempuh segalanya dan bangkit demi rakyat.

Hidup rakyat!

Di Semenyih, jentera Barisan Nasional bukan sahaja berdepan dengan Pakatan Harapan malah seluruh jentera dan sumber yang…

Posted by Najib Razak on Saturday, March 2, 2019

Sumber: FB Najib Razak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *