Setelah Lebih 48jam Hilang, Wanita Ini Ditemui Dalam Keadaan Yang Menyedihkan

” Saya Risau Keadaan Mak”. Anak Dedah Apa Yang Berlaku Sebelum Ibunya Dilaporkan Hilang

“ Risau saya sebab malam sebelum mak hilang, dia tak makan,” kata Engku Airil Azuan Tengku Adzhar, 31, anak bongsu Rosiah Mansor, 53, yang hilang dari rumahnya di Lorong Solok Terentang, Kampung Jus, Jasin, sejak tiga hari lalu.

Engku Airil berkata, lauk-pauk dan nasi yang terhidang di atas meja makan tidak terusik menambahkan lagi kebimbangannya terhadap keadaan ibunya itu.

Katanya, dia dan saudara-mara tidak menyangka Rosiah akan menghilangkan diri kerana sebelum ini tidak pernah menunjukkan tanda pelik dan mencurigakan.

“ Ibu saya memang tidak pernah keluar dari kawasan rumah, apatah lagi pada waktu pagi ketika kehilangannya,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Engku Airil berkata, kira-kira 10 malam sebelum kehilangan ibunya, dia pulang ke rumah namun, pintu berkunci dan ibunya tidak menjawab panggilan menyebabkan dia tidur di luar.

Bagaimanapun, kehilangan disedari pagi esoknya dan dia memaklumkan kepada polis selain pasukan penyelamat.

Katanya, orang kampung turut membantu mencari wanita itu dan operasi mencari dan menyelamat digerakkan pada Sabtu.

Sementara itu, adik Rosiah, Suria, 39, mendakwa, masalah kemurungan mahupun perceraian kakaknya tiada kaitan dengan kehilangan wanita itu.

“ Perceraiannya sudah berlaku kira-kira 30 tahun lalu dan sejak itu, kakak tidak menunjukkan tanda kemurungan pun.

“ Ya mungkin hospital ada sahkan dia sakit sebelum ini, termasuk pernah sawan dan histeria, tetapi sudah lama tidak berlaku, malah dia (Rosiah) seorang yang periang,” katanya.

Sebelum kehilangan itu, Rosiah dilihat seperti biasa, periang dan suka bergurau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini diperluas ke empat kilometer persegi, berbanding 500 meter persegi semalam.

SAR ditangguhkan kira-kira 6 petang tetapi jika ada petunjuk baharu, kita akan mulakan carian,” katanya.

Dalam pada itu, kakak mangsa, Sariah Mansor, 60, berkata kehilangan adiknya disedari selepas anak lelaki mangsa, Engku Airil Azuan Tengku Adzha, 32, perasan pintu rumah terbuka dan tiada orang di rumah.

Katanya, pada 10 malam sebelum kejadian, anak lelaki mangsa cuba membuka pintu selepas selesai berborak dengan rakan di hadapan rumah, namun ia sudah dikunci dan dia membuat keputusan untuk tidur di rumah neneknya di rumah sebelah.

“ Selepas mandi keesokannya, Engku Airil mahu membuka semula pintu, namun tiba-tiba menyedari pintu rumah sudah terbuka dan ibunya tiada.

“ Lebih merisaukan, dia sudah tidak makan ubat selepas 24 jam hilang. Sepatutnya perlu ambil tiga kali ubat dalam sehari kerana menghidap sawan sejak darjah 4 selain mengalami kemurungan selepas bercerai kira-kira 15 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

sumber : hmetro

Wanita hilang lebih 48 jam ditemukan

JASIN 29 Jan. – Seorang ibu tunggal yang hilang dari rumahnya di Kampung Orang Asli Solok Terentang, Kampung Jus di sini sejak pagi Sabtu lalu ditemukan dalam keadaan selamat pagi ini.

Rosiah Mansor, 52, yang merupakan ibu tunggal dan menghidap kemurungan ditemukan oleh penduduk pada pukul 9.50 pagi di perkampungan itu, selepas lebih 48 jam dilaporkan hilang dan dia ditemukan kira-kira 2.5 kilometer dari rumahnya.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, sebaik sahaja ditemukan, wanita itu disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan luaran namun dia kemudian segera dibawa ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan.

“Wanita itu ditemukan oleh penduduk Orang Asli di kampung berkenaan dan kemudian segera memaklumkan kepada pasukan bomba dan penyelamat yang ketika itu menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Keadaan mangsa ketika ditemukan dalam keadaan lemah, mungkin disebabkan sudah beberapa hari tidak makan dan minum namun ingatannya masih baik termasuk mampu mengingati nama dan tempat tinggalnya,” kata jurucakap itu ketika dihubungi sebentar tadi.

Mangsa dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di pekarangan rumahnya di Lorong Kampung Orang Asli Solok Terentang kira-kira pukul 7 pagi Sabtu lalu.

Kehilangan Rosiah yang menghidap sawan sejak darjah 4 selain mengalami kemurungan selepas bercerai kira-kira 15 tahun lalu disedari anak lelakinya, Engku Airil Azuan Tengku Adzha, 32, yang menyedari pintu rumahnya terbuka dan tiada orang di rumah pada pagi itu.

wanita hilang ditemui

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan sepasukan 30 anggota bomba termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Pelbagai Kemahiran (Must) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bermula pada 8 pagi sejak Sabtu lalu sehingga hari ini.

Sumber- UTUSAN ONLINE

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *