Soalan Cepumas Najib Razak Ini Buat Lim Kit Siang Tak Senang Duduk Nak Sambut ‘Chinese New Year’

Terdahulu Oktober 2018: Najib tanya mana ‘pendrive’ …?

Najib tanya mana 'pendrive' ...?

NAJIB: ‘Persoalannya kini ialah di mana pendrive itu? Selepas tiga tahun ia masih tidak ditemui.’ – Gambar fail

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini tertanya-tanya di mana ‘pendrive’ yang selama ini didakwa Charles Morais iaitu adik kepada Kevin Morais mengandungi bukti kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mahupun SRC International.

Najib berkata, tiga tahun lalu, Charles tiba-tiba muncul di Malaysia setelah bertahun-tahun tinggal di Amerika Syarikat.

Menurutnya, Charles mengadakan sidang media dan menyatakan bahawa beliau telah membuat Surat Akuan Sumpah dan mendakwa ada padanya satu ‘pendrive’ didakwa diterima dari Kevin dan mengandungi bukti-bukti kes 1MDB dan SRC International serta bukti mengapa Kevin dibuunuh.

“Selepas membuat sidang media tergempar ini, Charles terus menghilaangkan diri dan keluar dari Malaysia. Sama seperti kes pembunuuhan Hussain Najadi, Lim Kit Siang antara orang pertama yang cuba mengaitkan saya dengan pembunuuhan Kevin Morais, katanya dalam perkongsiannya di laman sosial Facebook peribadinya, hari ini.

“Selepas itu, Kit Siang turut membuat kenyataan media yang bertajuk Call for an international investigation into the muurder of DPP Kevin Morais following the shock statutory declaration by his brother Charles who raised many disturbing questions di mana Kit Siang mendakwa bahawa pembuunuhan Kevin Morais ada kaitan dengan 1MDB/SRC,” katanya lagi.

Sama seperti kes pembunuhan Hussain Najadi, Lim Kit Siang antara orang pertama yang cuba mengaitkan saya dengan…

Posted by Najib Razak on Sunday, October 7, 2018

“Persoalannya kini ialah di mana pendrive itu? Selepas tiga tahun ia masih tidak ditemui.

“Jika menggunakan WhatsApp atau Google Drive, tak sampai 30 minit untuk kandungan pendrive ini tiba di Malaysia,” katanya.

Najib turut tertanya-tanya siapakah yang mendorong Charles untuk mengupah peguam dan membuat sidang akhbarnya pada masa itu?

“Kit Siang dan DAP juga antara yang paling pantas untuk mengaitkan pembuunuhan Teoh Beng Hock kepada BN dan saya,” katanya.

“Tetapi sampai hari ini, saya tidak tahu apa keuntungan untuk kerajaan BN ataupun saya jika saksi yang mungkin mempunyai bukti terhadap rasuuah pemimpin DAP dibuunuh?

“Pagi ini, Kit Siang mengeluarkan kenyataan lagi untuk membaalas saya. Dia pusing-pusing ke seluruh dunia termasuk ke WSJ, Japan, South Korea, Singapore and Taiwan dan ke Amerika Syarikat tetapi tidak lagi berani untuk menuruskan panggilan beliau hari itu untuk kerajaan PH melaksanakan siasatan khas untuk kes-kes pembuunuhan ini.

“Ini soal keadlian untuk nyaawa 4 orang, YB Kit Siang. Jangan main-main dan pusing-pusing lagi,” tegasnya.

Sumber: Astroawani

 

Najib sekali lagi tanya Kit Siang mana pendrive?

Najib sekali lagi tanya Kit Siang mana pendrive?

NAJIB: Kalau masih tak dapat cari pendrive ini, nanti orang akan kata Uncle dan DAP ialah penipuu dan telah fitnaah saya lagi selama ini. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum ini didakwa menjadi bukti beliau terlibat dengan kes Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais yang mati dibuunuh pada September 2015.

Najib berkata, Lim, yang dilabel beliau sebagai ‘Menteri Hal-Ehwal Najib’ atau singkatannya ‘MenHEN, sekarang seolah-olah berpura-pura ‘tidak nampak’ perkara itu.

“Walaupun beliau mungkin telah ambil cuti awal sempena hari perayaan sejak tiga hari dahulu, saya masih nak memberi sedikit peringatan kepada MenHEN.

“Sudah nak masuk empat bulan setelah saya meminta beliau untuk mengeluarkan pendrive yang merupakan ‘bukti’ bahawa saya terlibat dengan pembuunuhan mendiang Kevin Morais.

“Tetapi Lim Kit Siang macam buat-buat tak nampak sehingga sekarang.

“Kalau masih tak dapat cari pendrive ini, nanti orang akan kata Uncle dan DAP ialah peniipu dan telah fitnaah saya lagi selama ini. Itu tak baik,” katanya dalam statusnya di laman sosial Facebook.

Pada Nov 2015, adik Kevin Morais, Charles Morais menyatakan bahawa beliau telah membuat Surat Akuan Sumpah dan mendakwa memiliki pendrive yang didakwa diterima dari Kevin.

Pendrive itu dikatakan mengandungi bukti-bukti berhubung kes 1MDB dan SRC International serta bukti mengapa Kevin dibunuh.

Susulan itu, Oktober lalu, Lim turut membuat kenyataan dengan mendakwa bahawa pembuunuhan Kevin Morais ada kaitan dengan 1MDB.

Walaupun beliau mungkin telah ambil cuti awal sempena hari perayaan sejak 3 hari dahulu, saya masih nak memberi sedikit…

Posted by Najib Razak on Tuesday, January 29, 2019

Sumber: astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *