Susulan Calon PH Aiman Buat Kesilapan Di PRK Semenyih, Ini Respond Ayahanda Najib Razak

Pengundian bagi PRK Semenyih bermula 8 pagi ini dan dijangka berakhir 5.30 petang.

Sebanyak 24 pusat mengundi membabitkan 116 saluran dibuka bagi membolehkan pengundi memilih wakil rakyat baharu.

Sejumlah 53,411 pengundi biasa layak berbuat demikian dalam PRK yang diadakan susulan kemaatian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mewakili Pakatan Harapan (PH), pada 11 Jan lepas.

PRK Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Muhammad Aiman, Zakaria, Nik Aziz Afiq dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.

DUN Semenyih mempunyai 53,520 pemilih biasa namun 109 telah mengundi secara pos, menjadikan jumlah yang layak mengundi hari ini ialah 53,411 orang. Pengundian awal bagi PRK itu diadakan Selasa lepas.

Muhammad Aiman yang tiba di pusat mengundi tepat pukul 8 pagi dan selesai mengundi pada pukul 8.25 pagi berkata beliau berharap perjalanan proses mengundi hari ini berjalan lancar.

“Alhamdulillah, pagi ini semuanya baik-baik, kita harap pengundi membuat pilihan bijak kerana mereka menentukan nasib Semenyih,” katanya yang tiba dengan ditemani isteri Nurul Filzah Bakhtiar.

Zakaria pula memuji sikap pengundi yang begitu bersemangat keluar mengundi seawal pagi bagi melaksanakan tanggungjawab dalam sebuah negara demokrasi.

“Sambutan pengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi begitu baik, mereka sudah berada di sini seawal pagi lagi,” katanya.

Sementara itu, Nik Aziz Afiq ketika ditemui berkata beliau bimbangkan kehadiran pengundi yang kurang.

Calon PH Aiman Buat Kesilapan Di Depan Media Pada Hari Mengundi PRK Semenyih

Ketika diminta mengulas tentang kelancaran proses pengundian sejurus selesai membuang undi di SMK Engku Hussain, calon PH, Muhammad Aiman Zainali mengeluarkan kata-kata yang dikhuatiri boleh dianggap sebagai memancing undi.

Dikelilingi kira-kira 30 pemberita, Muhammad Aiman yang dilihat tidak ditemani mana-mana pengiring jelas didengar mengeluarkan ucapan: “Mengundilah PH, undilah Aiman Zainali”.

Terdahulu bendahari Bersatu Hulu Langat itu menyatakan rasa syukur selepas menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi serta meluangkan sedikit masa untuk beramah mesra dengan orang ramai.

“Kita lihat kelancaran proses pilihan raya amat baik dan kita berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang menjalankan tugas dengan baik.

“Insya-Allah saya harap pengundi akan membuat pilihan yang bijak. Hari ini adalah untuk menentukan nasib Semenyih,” katanya.

Kemudian dia melanjutkan kata-katanya: “Dan saya harap pengundi buat pilihan yang bijak, yang dapat memberi kebaikan kepada rakyt Semenyih dan insya-Allah mereka semua mengundilah PH, undilah Aiman Zainali. Sekian terima kasih.”

Beliau berkata demikian kira-kira jam 8.45 pagi sebelum keluar dari pusat membuang undi tersebut.

Dipercayai Muhammad Aiman tidak menyedari perbuatannya itu boleh dianggap menyaalahi undang-undang SPR.

Hanya selepas itu, barulah seorang anggota Pemuda Bersatu yang dipercayai pengiringya dilihat mengikuti Aiman keluar dari pekarangan sekolah.

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 26 (1) (a) menjelaskan:

Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi —

(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan di mana-mana tempat apa-apa bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan atau memberikan apa-apa bentuk ucapan atau syarahan sama ada atau tidak perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan, ucapan atau syarahan itu terbuka kepada atau melibatkan orang ramai atau selainnya.

Ini Respond Najib Razak

Susulan tindakan Aiman itu, Najib Razak melontarkan status di akaun facebook bahawa PH tidak berprofesional dalam PRK semenyih

Sejak kempen PRK ini berlangsung, pihak mereka telah banyak kali melanggar undang-undang pilihanraya secara terang-terangan.

Sampai last day hari mengundi pun, mereka terus melakukan kesalahan.

Mungkin matlamat sebenar mereka ialah 2hb menang, 3hb dibatalkan kemenangan.

Kita tengok dan lihat jika pihak SPR akan bertindak atau tidak.

Sejak kempen PRK ini berlangsung, pihak mereka telah banyak kali melanggar undang-undang pilihanraya secara…

Posted by Najib Razak on Friday, March 1, 2019

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *