Susulan Kekalahan Di PRK Semenyih, Mukriz Bagi Amaran Kepada Jentera Kerajaan Dan Ini Tindakan Serta Merta Akan Diambil

[RASMI] BN ambil semula Semenyih

CALON Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini selepas diumumkan menang sebentar tadi.

Zakaria memperoleh 19,780 undi mengatasi lawannya dari Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali yang mendapat 17,866 sekali gus menang dengan majoriti 1,914 undi.

Sementara Nik Aziz Afiq Abdul, 25, mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendapat 841 undi dan calon BEBAS iaitu Kuan Chee Heng, 54, atau lebih dikenali sebagai ‘Pakcik Kentang’ sekadar meraih 725 undi.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kemaatian Allahyaarham Bakhtiar Mohd Noor di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat seraangan jantung.

Pada PRU-14 lalu, Bakhtiar menewaskan penyandang kerusi itu dari BN, Datuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelvan mewakili PSM.

Bakhtiar mengalahkan Johan daripada UMNO yang menjadi wakil rakyat di kerusi itu selama dua penggal dengan majoriti 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.

Kemenangan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Semenyih Datuk Mohd Sayuthi Bakar.

Kekalahan PH ‘hukuman’ daripada rakyat – Mukhriz

“KITA anggap ini (kekalahan) sebagai satu mesej yang perlu dihayati sebaik mungkin selepas ini,” kata Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurut beliau, kekalahan parti kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih hari ini adalah isyarat kepada mereka untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan sehingga ‘dihukum’ rakyat.

“Kita dah cuba sedaya upaya untuk memberi penerangan dan sebagainya di Semenyih, tapi rakyat lebih tahu apakah pilihan mereka dan kita terima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

“Selepas ini, di mana-mana bahagian yang kita rasakan ada kesilapan serta kelemahan, itu tentulah kita perlu cuba perbaiki sedaya mungkin,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama PH di Bandar Rinching, Hulu Langat, malam ini.

Mengulas mengenai punca kekalahan itu, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, pihaknya akan membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti kelemahan selain telah mengenal pasti beberapa isu.

“Selepas ini mungkin ada beberapa lagi PRK, mungkin ada kawasan kita bertanding, saya tak tahu.

“Kita kena ambil kira isu berbangkit yang berkait rapat dengan kawasan dan negeri dalam apa juga keputusan yang dibuat,” katanya.

Sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *