Syed Saddiq Ucap Tahniah Kepada BN Dan Ini Kata-Katanya Kepada Penduduk Semenyih Yang Mengharukan

Kemenangan gambarkan keikhlasan kerjasama UMNO-Pas – Noraini

KUALA LUMPUR 2 Mac – Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad menganggap kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih jelas menggambarkan keikhlasan kerjasama UMNO dan Pas.

Baginya, kerjasama kedua-dua parti ternyata mendapat sokongan besar majoriti umat Islam.

NORAINI AHMAD

Jelasnya, kemenangan BN di Semenyih juga boleh dianggap sebagai referendum protes rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana gagal menunaikan janji-janji yang dibuat.

“Wanita UMNO mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi DUN Semenyih kerana telah memberikan kepercayaan kepada BN.

“Semoga kemenangan ini menyuntik semangat jentera parti untuk terus berusaha dan bekerja keras di PRK DUN Rantau, Negeri Sembilan nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera parti BN khususnya jentera Wanita UMNO dan Dewan Muslimat Pas yang telah bekerja keras menentukan kemenangan calon BN, Zakaria Hanafi. – UTUSAN ONLINE

 

Tahniah BN, maaf kepada penduduk Semenyih – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR 2 Mac – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional selepas berjaya menewaskan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Beliau yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut melakukan permohonan maaf kepada penduduk Semenyih atas kekalahan PH dalam PRK tersebut.

Tangkap layar

“Kepada penduduk Semenyih, saya susun sepuluh jari memohon maaf kalau ada yang terkurang.

“Terima kasih kepada jentera PH yang tidak kenal erti penat. Keluarga ini akan terus melangkah ke hadapan sambil bermuhasabah,” katanya menerusi kenyataan di dalam Twitter miliknya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *