SYEIKH IMRAN HOSSEIN DEDAH KENAPA MAHATHIR SANGAT DITAKUTI BARAT?

Dr Mahathir bin Mohamad; seorang tokoh yang tidak asing dalam dunia politik sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Pernah menjawat jawatan Perdana Menteri terlama Malaysia sejak 1981 hingga 2003; dan kini selagi lagi terpilih sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum 2018. Pilihanraya Umum 2018 merupakan kejayaan Mahathir yang paling unik kerana Berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional; merupakan parti tunggal yang memerintah Malaysia sejak Malaysia Merdeka 1957.

Gabungan Oposisi yang diketuainya, Pakatan Harapan mencipta sejarah baru Malaysia setelah berjaya memperoleh kemenangan 121 daripada 222 kerusi parlimen.

Catatan itu bukan sekadar menggemparkan negara bahkan seluruh dunia yang begitu kagum dengan keberanian rakyat Malaysia melakukan perubahan ; yang mungkin difikirkan suatu yang mitos bagi kalangan Negara Dunia Ketiga untuk melakukan perubahan kerajaan.
Dan sekali lagi sejarah tercipta apabila Dr Mahathir Mohamad dipilih sekali lagi sebagai Perdana Menteri pada tanggal 10 Mei 2018. Di Usia 93 tahun , beliau diiktiraf sebagai Ketua Kerajaan Tertua di Dunia hari ini.

Pemilihan itu sekali lagi menggemparkan dunia khususnya bagi pengkagum Mahathir yang merindui sosok itu ‘beraksi’ di pentas antarabangsa. Hal ini kerana peranannya sebelum itu yang begitu berkesan dalam menyuarakan pandangan dan kritikan bagi pihak negara membangun, negara tertindas dan negara dunia ketiga dalam menghadapi pembulian dan penindasan negara berkuasa besar.

Namun begitu, ada juga kalangan yang tidak selesa sekembalinya Mahathir mengetuai kerajaan Malaysia selain daripada musuh politiknya peringkat tempatan; sudah semesti yang tidak selesa dengan keadaan itu ialah negara-negara dunia besar yang menjadi sasaran kritikannya.

MAHATHIR KRITIK NEGARA PEMBUULI

Kritikan Mahathir kepada negara-negara dunia besar bukan suatu yang baru. Kritikannya yang agak keras kepada Israel dan Amerika sebelum ini telah mendapat reaksi kurang senang daripada pemimpin negara terbabit. Yang paling nyata dan jelas kritikannya ialah tindakan Amerika dan negara-negara lain yang mendokong Israel melakukan pembuulian terhadap Palestin; sebuah negara yang kini dijajah Israael.

Ketika negara-negara Arab lain yang diam membisu terhadap Israel dan kuasa besar , Amerika Syarikat; Mahathir tanpa gentar dan takut konsisten membuat kritikan tersebut. Malaysia juga sangat jelas mendokong dan menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas dan diz4limi. Bahkan pada 2002 beliau selaku Perdana Menteri mencatat sejarah kerana telah berkolaborasi dengan muusuh politinya, iaitu Ketua Pembangkang Malaysia Almarhum Ust Fadzil Mohd Noor dalam Majlis Syarahan Perdana Palestine & Kemanusiaan. Satu tindakan yang mengejutkan dunia.

Image result for dr mahathir halang israel

NEGARA PEMBULI TERANCAM DENGAN KRITIKAN MAHATHIR?

Sejak kembalinya Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia sekali lagi menimbulkan rasa tidak selesa negara-negara pembuuli. Sewaktu Persidangan Agung PBB 2018 bliau dengan jelas telah mengkritik Myanmar yang gagal membendung kezaaliman terhadap rakyatnya suku Rohingya bahkan sewaktu Persidangan Negara-Negara ASEAN di tahun yang sama beliau mengulangi kritikan itu di hadapan Auu Sang Su Kyi sendiri.
Dalam Persidangan PBB juga beliua dengan lantang mengkritik Israael dan Amerika kerana seolah-olah menjadi pencetus kegaanasan di Palestin.

“…untuk menghentikan kegaanasan di Palestin ialah dengan menghapauskan punca kegaanasan itu bukannya melawan kegaanasan tersebut. Punca kegaanasan itu ialah PENJAJAHAN ISRAEL di Bumi Palestin…” – Mahathir

PROVOKASI TRUMP MEMINDAH IBU KOTA ISRAEL KE BAITULMAQDIS

Mahathir secara jelas telah mengeecam tindakan Donald Trump yang mengumumkan pemindahan ibu kota Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis kerana baginya tindakan ini yang bertujuan untuk memproovokasi penduduk Palestin. Menurutnya lagi, tindakan tersebut juga memberi kesan dan akan melambat-lambatkan proses perdamaian antara Israel dan Palestin. Perkara tersebut bukan sahaja membangkitkan kemaarahan penduduk Palestin bahkan seluruh umat Islam di dunia memandangkan Baitulmaqdis adalah Tanah Suci ke-3 umat Islam selepas Baitullah Makkah dan Madinah Munawwarah.

Provokasi ini berterusan apabila ada dalam kalangan negara dunia yang menyambut pengumuman itu dengan tindakan ingin memindahkan Pejabat Kedutaan negara mereka di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis antaranya ialah Australia. Malaysia dalam kenyataan rasmi telah membantah tindakan Australia.

Bantahan itu dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Luar Negeri dengan alasan pengiktirafan Australia terhadap Baitulmaqdis sebagai Ibu Kota Israel hanya tindakan pramatang dan melukakan hati rakyat Palestin. Bahkan hubungan Malaysia-Australia tegang ekoran isu tersebut.

Ekoran kritikannya yang keras dan lantang, beliau digelar sebagai antisemitik oleh pengkritiknya dan pro-Zionis.

SYEIKH IMRAN HOSSEIN DEDAH KENAPA MAHATHIR SANGAT DITAKUTI BARAT?

Selain daripada kritikannya, Mahathir juga mengajak masyarakat dunia khususnya umat Islam. berfikir dan keluar dari kepompong pemikiran Barat . Beliau juga memberi penegasan dan amaran kepada umat Islam supaya tidak menjadi alat kepada Yahudi dan Israel.

(VIDEO) Berikut adalah pendedahan Syeikh Imran kenapa Mahathir sangat ditakuti Barat.

Ulama dedah kenapa Yahudi dan Barat terancam dengan Mahathir

Posted by Suara Media on Thursday, January 31, 2019

Semoga Allah panjangkan umur Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Sumber: suara viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *