Tinggal Satu Hari Lagi AJL, Namun Altimet Bertegas Tidak Akan Menyanyi. Rupanya Ini Sebab Kenapa Altimet Takkan Menyanyi Di Final AJL33 Nanti

Debaran AJL 33 Sudah Bermula Tetapi Altimet Tidak Menyanyi. Rupanya Ini Sebab Kenapa Altimet Takkan Menyanyi Di Fina AJL 33

Tinggal satu hari saja lagi, kita bakal ketahui lagu mana yang berjaya diangkat sebagai Juara Lagu bagi tahun 2018. Buat kali ke 33 penganjuran Anugerah Juara Lagu, rata-rata netizen berpendapat finalis AJL kali ini kesemuanya mampu menyanyi LIVE dengan baik. Pendek kata, ‘telan kaset’ punya suaralah!

Gandingan artis baharu dan lama diyakini mampu menambat hati penonton apabila Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok.

Penerbit Eksekutifnya, Nurhul Huda Khalid, berkata kumpulan rock ‘otai’, Search, bakal membuka tirai acara dengan persembahan tiga lagu medley.

“Selain itu, segmen penaja akan menyaksikan gandingan tiga artis muda, Ismail Izzani, Nabila Razali dan Sarah Suhairi menyanyikan lagu Seribu Impian.

“Artis lain yang akan turut memeriahkan persembahan termasuk kumpulan Nico G, Juzzthin, Balan, Lil J, Zizi Kirana, Aman Ra, Joe Flizzow, SonaOne dan Alif,” katanya ketika ditemui pada acara pra-raptai AJL 33, di sini hari ini.

Masih mengekalkan hos edisi lalu, Sherry Alhadad dan Alif Satar, Nurhul Huda percaya keserasian antara kedua-dua artis terbabit mampu menghangatkan lagi suasana.

“Sejak tahun lalu, mereka berjaya mencetuskan aura yang diingati sehingga sekarang. Jadi, kita mengharapkan magis kedua-duanya berterusan pada malam esok,” katanya.

Dijangka 6,000 penonton bakal memenuhi Axiata Arena, katanya, AJL kali ini dipersembahkan seperti sebuah konsert mega membabitkan artis bertanding dan penyanyi undangan.

“Ia bukan sekadar menonjolkan 12 lagu terbaik yang dipersembahkan barisan penyanyi hebat, baharu dan lama, malah turut dimantapkan kemunculan bintang yang menyerikan segmen interlude,” katanya.

Ini Sebab Kenapa Altimet Tidak Akan Perform Di Anugerah Juara Lagu-33

Altimet mengesahkan tidak beraksi pada malam kemuncak, Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) biarpun lagu dendangannya, Bunga, mara ke pentas akhir acara berprestij itu.

Altimet memberitahu, dia sudah memilih penyanyi yang akan menggantikan dirinya pada malam kemuncak yang akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Februari depan.

“Keputusan ini sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini iaitu saya tidak akan menyanyi lagi selepas usia genap 40 tahun pada 27 November

“Saya tak rasa ralat jika orang lain yang menyanyikan lagu Bunga. Ini adalah atas kehendak saya sendiri dan dibuat dengan persetujuan produksi.

Anugerah yang ditunggu ramai penggemar seni hiburan itu akan berlangsung jam 9 malam esok dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran sama.

Antara persembahan AJL 33 mengikut giliran ialah Luluh (nyanyian Khai Bahar), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra), Kau Pun Sama (Syamel), Tak Pernah Hilang (Kaer dan Amylea), Hajat (Hael Husaini), Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor), Di Matamu (Suan Suhaimi),, Bunga (De Fam) PENGGANTI ALTIMET, Semakin (Siti Sarah), Bunga (Ara Johari), Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah), Sampai Bila (Misha Omar)

Sumber Artikel: BHARIAN ONLINE, XTRA via kl viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *